Tak Rugi Kalau Tunggu Siri HUAWEI P30 – Menjamin Kepuasan Berkali Ganda!

Kurang dari sebulan lagi HUAWEI bakal melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI P30. Seperti diketahui umum, HUAWEI bakal melepaskan siri ini pada 26 Mac 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang bakal berlangsung di Paris.

HUAWEI sentiasa berinovatif dalam perkara-perkara yang hendak dilakukan – daripada bekerjasama dengan Leica sehingga pengenalan sokongan sistem tri-kamera. Sedia maklum, siri HUAWEI P adalah peranti yang lebih berfokuskan kepada keunggulan fotografi.

Sejak menjalin kerjasama dengan Leica, siri HUAWEI P9 mentakrifkan dengan jelas makna seni fotografi menerusi telefon pintar dengan pengenalan ketersediaan dwi-kamera. Fungsi di mana membolehkan pengguna menangkap imej dengan kesan khas bokeh dengan mengaburkan latar belakang – meniru kualiti imej kamera DSLR.

Tahun lepas, HUAWEI telah mencapai tahap yang tinggi dengan kehadiran Leica co-engineered tiga lensa kamera utama beresolusi 40MP, sekali lagi meningkatkan prestasi penggambaran peranti pintar. Segala gambar galaksi, laluan lalu lintas, grafiti cahaya, air serta super slow mo, semuanya hanya dalam satu klik sahaja dalam peranti siri P.

Dari segi keupayaan cahaya rendah, HUAWEI P20 Pro adalah peranti pertama di dunia yang mampu merakam gambar pencahayaan rendah pada kepekaan ISO 102,400, sekaligus merakam subjek dalam kegelapan yang mana mata kasar pun tidak dapat dilihat.

Tanpa diragui HUAWEI P20 Pro telah menerima banyak anugerah dari media dan diiktirafkan sebagai peranti pintar kamera paling bagus pada tanda aras 109 di DxOMark. Kini semua peranti pintar HUAWEI yang akan datang turut dikuasakan oleh Kirin 980 yang mana dilengkapi dengan AI-Photography.

Sama seperti peranti jenama lain, HUAWEI juga tidak terlepas daripada banyak perkara yang tular sehingga menjadi bualan hangat ramai warganet. Berikut adalah antara pendedahan tentang spesifikasi dan juga maklumat berkaitan siri HUAWEI P30 setakat ini…

Baru-baru ini, CEO Huawei iaitu Richard Yu telah berkongsi sampel gambar dan ia dipercayai diambil dari Huawei P30 Pro. Apa yang mencuri perhatian adalah watermark yang diletakkan, ia tertera dengan perkataan HUAWEI tetapi modelnya telah dikaburkan. Ramai membuat spekulasi ia merujuk kepada HUAWEI P30 Pro dan mungkin datang dengan ketersediaan empat kamera di belakang.

Tidak lama kemudian, muncul pula berita mengenai Naib Presiden Produk Mudah Alih HUAWEI iaitu Bruce Lee berkongsi empat keping gambar yang menggambarkan keupayaan zoom yang akan digunakan pada siri HUAWEI P30. Sample tersebut di ambil pada jarak fokus yang sangat jauh namun kualiti gambar yang terhasil berada di tahap terbaik dan tidak pecah mahupun kabur.

Menambah keriangan suasana, , HUAWEI kebiasaannya akan menawarkan goodies menarik abila melancarkan seusatu jenama telefon pintar baru. Sebagai contoh, ketika pelancaran siri HUAWEI Mate 20 pada bulan Oktober lalu , HUAWEI memberikan Pengecas Tanpa Wayar, HUAWEI Sound Stones, drone DJI Tello, serta Mate20 VIP Cards bernilai lebih RM10,000.

Jadi…Apa yang boleh kita harapkan dari Siri HUAWEI P30? Mari tunggu untuk mendedahkan telefon pintar kamera terbaik pada 26 Mac 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi HUAWEI.

You might also like