HUAWEI Nova 4e Bakal Diperkenalkan Kepada Umum Pada 14 Mac Ini!

957
- Iklan -

PENUH KEJUTAN!! HUAWEI membawakan berita gembira apabila mengesahkan mereka bakal memperkenalkan HUAWEI Nova 4e kepada umum pada 14 Mac ini dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di China.

Difahamkan, model ini akan dikenali sebagai HUAWEI P30 Lite untuk pasaran negara lain. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran umum kepada semua mengenai apa yang bakal ditawarkan untuk keluarga HUAWEI P30.

Spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini HUAWEI pernah berkongsi video penggoda yang menunjukkan Nova 4e didatangkan dengan rekaan takuk dan kamera hadapan 32MP. Desas desus turut mengatakan ia bakal menampilkan paparan bersaiz 6.15″ FHD+, dijana cip pemproses Kirin 710,┬ábateri 3,240 mAh dan sokongan tiga kamera utama.

Penjual-penjual tempatan juga dilihat mula berkongsi mengenainya sekaligus memberi gambaran ia bakal datang ke Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk maklumat terkini!