
Huawei ‘Menganjing’ Didepan Kedai Apple Dan Samsung
Huawei nampaknya gunakan strategi kotor kali ini dalam mempromosikan peranti terbaru mereka. Di London, terdapat dua papan iklan-bergerak yang dibawa lori berwarna putih parkir dihadapan dua buah kedai Apple dan Samsung. Dalam masa sama, mereka turut meninggalkan ‘cop gergasi’ di beberapa pejalan kaki di sekitar bandaraya London.

Cop yang ditinggalkan memperlihatkan tarikh pelancaran serta tanda pagar HuaweiP20. Dua papan iklan yang mempamerkan perkataan “Sila Bersabar” dan “Tunggu” itu nampaknya cuba memanipulasikan minda pengunjung di dua buah kedai Apple dan Samsung tersebut.

Huawei P20 yang akan dilancarkan 27 Mac 2018 (esok) bakal menduduki kerusi sebaris Samsung Galaxy S9 dan Apple iPhone X. Ia sebuah peranti yang menfokuskan kebolehan tri-kamera dengan paparan skrin berongak.

