
Kini secara rasminya Uber di Asia Tenggara telah dimiliki oleh Grab selepas pengumuman terbaru dibuat. Perkara ini juga telah disahkan oleh Grab yang mengirimkan e-mel kepada kami dan pastinya ahli Grab yang lain turut menerimanya. Desas desus sebelum ini mengenai pegangan saham dalam Uber akan dibeli oleh Grab kini bernoktah.

Melalui perjanjian yang dimaterai, sebanyak 27.5% saham akan diterima oleh Uber untuk perniagaan Grab di Singapura. Malahan, Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi juga akan beralih jawatan ke dalam organisasi Grab serta merta. Selain daripada perkhidmatan perkongsian tunggangan, Grab juga bakal memperkenalkan GrabFoods pada bulan Mei depan bagi menggantikan UberEATS.
Bagi pengguna di Malaysia, anda sedia untuk menggunakan aplikasi Grab seperti biasa, manakala aplikasi Uber akan dihentikan pada 7 April depan. Dengan gabungan antara kedua-dua syarikat, selepas ini tiada lagi perbandingan harga dibuat apabila anda ingin menempah perkhidmatan perkongsian tunggangan.