[Tertiris] Gambar Samsung Galaxy A8 Dan Galaxy A8+ Edisi 2018 Mula Kelihatan

Seperti yang telah diperkatakan oleh kebanyakan pemerhati dunia peranti mudah alih, Samsung dikatakan tidak akan mendedahkan model premium keluarannya iaitu siri Galaxy S9 di dalam acara CES yang akan berlangsung pada 10 Januari 2018 nanti.

Sebaliknya Samsung dikatakan bakal mengumumkan kemunculan dua peranti kelas pertengahannya dari siri Galaxy A dengan model Galaxy A8 dan juga Galaxy A8+ pada acara tahunan terbesar itu.

Apa yang menarik perhatian kami, baru-baru ini telah muncul sebuah video yang memperlihatkan rekaan fizikal dua unit peranti dari Samsung yang dipercayai merupakan model Galaxy A8 dan juga Galaxy A8+ edisi 2018. Walaupun video itu telah ditarik semula dari laman YouTube, ada pihak yang sempat mengambil screenshot reka bentuk kedua-dua peranti tersebut.

 

Jadi adakah benar ini merupakan model Samsung Galaxy A8 dan juga Galaxy A8+ Edisi 2018?!

You might also like