

Aplikasi penstriman langsung yang kini semakin popular membolehkan pengguna menonton video tidak kira di mana mereka berada. Platfom yang disukai generasi millennial ini mendorong Astro untuk menghasilkan sebuah aplikasi yang diberi nama Tamago.
Tamago yang baru dilancarkan telah mendapat kerjasama dari Huomao, sebuah syarikat pembangun penstriman e-sukan dari China. Perkhidmatan penstriman terbaru ini mensasarkan pengguna dari Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Filipina. Setakat ini Tamago telah mencatatkan sebanyak 150,000 pengguna berdaftar dalam hanya dua bulan pelancarannya.
https://www.youtube.com/watch?v=T1H76Ful5gc
Tamago membolehkan pengguna untuk meneroka ciri-ciri interaktif seperti penstriman langsung, pemberian dan perbelanjaan hadiah maya termasuk interaksi masa nyata dan penciptaan kandungan.
Para pengguna juga diberi pilihan untuk menyokong UGC kegemaran mereka dengan menghantar hadiah maya yang boleh dibeli melalui pembelian dalam-aplikasi (in app purchases). Selain itu, pengguna juga boleh menonton strim secara langsung dari personaliti terkenal, permainan game, dan kandungan video seperti Office War, eGG Clan dan pelbagai lagi.
Muat turun Tamago : Google Play Store
Muat turun Tamago : Apple App Store

