
LG Akan Membina Bateri Untuk iPhone 9?!
Memetik laporan berita Korea Econimic Daily, LG dikatakan akan membekalkan Apple bateri untuk iPhone 9 di masa depan. Syarikat LG Chem juga telah melabur ratusan billion Korea Won untuk menghasilkan bateri jenis ‘L’ pada siri iPhone seterusnya.
Jurucakap LG Chem berkata, dia tidak ingin mengulas lanjut perkara ini kerana ingin menjaga reputasi syarikat Apple, manakala pihak Cupertino pula tidak mengulas apa-apa dan memilih untuk berdiam diri. Jika perkara ini berlaku, ini menjelaskan lagi bahawa Apple lebih berminat dengan syarikat dari Korea berbanding Taiwan (TSMC) seperti sebelum ini.
Maka dengan ini, Apple nampaknya ingin meluaskan pengetahuan teknologi sedunia dengan tidak lagi berseorangan memandangkan pengeluar-pengeluar China semakin menghampiri kedudukan Apple di tangga kedua pasaran dunia.

