OPPO Menambah Siri A Dengan Model A77 Pula?!

Syarikat pengeluar telefon pintar yang berada di kedudukan ke-4 dunia OPPO, akan melancarkan telefon pintar siri A terbaru tidak lama lagi. OPPO A77 akan hadir dengan cip pemproses MediaTek MT6750T SoC, RAM sebesar 4GB dan storan dalaman sebanyak 64GB.

Manakala, gambar yang diambil dari lensa kamera 13 Megapiksel di belakang dan 16 Megapiksel di depan akan dipaparkan di paparan skrin bersaiz 5.5 inci HD penuh. Peranti ini menyediakan slot SIM berkembar dan dikuasakan dengan pek bateri dengan kapasiti 3200mAh.

Laporan mengatakan peranti ini akan dilancarkan pada akhir bulan ini, ia juga akan mula dijual di pasaran Taiwan terlebih dahulu. Harga pula belum diumumkan lagi, harap-harap ia dibawa masuk ke Malaysia lah!

You might also like