
ASUS Dilaporkan Bakal Menghentikan Pengeluaran Barisan ZenWatch?!
Memandangkan pengeluar yang lain menyediakan jam tangan pintar lebih kepada penjenamaan, pengguna lebih tertumpu kepada yang lain. Menurut laporan Digitimes, perniagaan ZenWatch yang bermula pada tahun 2014 sehingga kini belum berjaya kerana syarikat tersebut hanya mampu menjual peranti ini kepada umum sebanyak 5,000 sehingga 6,000 unit sebulan.
Nombor jualan yang rendah nampaknya membuatkan perniagaan menjadi suram, lantas ASUS mengambil langkah drastik untuk memberhentikan pengeluaran serta merta. Apa yang menyedihkan, ASUS ZenWatch 3 yang dikeluarkan November lalu adalah sebuah peranti yang baik dengan memiliki reka bentuk yang bergaya.
Jelas sekali, ini belum disahkan oleh pihak ASUS sendiri secara rasmi. Jadi, apa pun langkah yang diambil semestinya membawa kebaikan kepada mereka.