MediaTek Tampil Dengan Pemproses 5G Pertama!!!

Pada ketika ini, teknologi sedang bergerak ke arah penggunaan 5G dalam kehidupan seharian. Terkini dikhabarkan ARM telah mengumumkan bahawa cip Cortex A77 dan GPU Mali-G77 bakal digunakan sebagai pemproses bagi tahun 2020 yang mana ia menyokong rangkaian 5G.

Apa yang lebih menarik, MediaTek telah menjadi pengeluar cip yang pertama menggunakan cip pemprosesan tersebut. Cip pemproses yang masih belum menerima nama rasmi akan menggunakan moden Helio M70 bagi menyokong rangkaian 5G.

Moden ini mampu melaksanakan muat turun sehingga 4.7 Gbps dan muat naik 2.5 Gbps boleh dicapai. Rakaman video juga adalah sangat baik yang ia boleh mencapai sehingga 4K 60FPS dengan sokongan sensor sehingga 80MP..

You might also like