
Harga Jualan iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Terdedah?!
Masih tinggal beberapa jam lagi seluruh dunia akan memperlihatkan pelancaran iPhone baharu di Apple Special Event.
Selain reka bentuk iPhone menjadi topik perbualan ketika ini, harga jualan yang diletakkan pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max juga menjadi isu hangat. Harga yang mencecah 5 ribu ke atas ini semakin tidak dapat diterima oleh pengguna masa kini.

Terbaru melalui satu perkongsian di Weibo, harga bagi ketiga-tiga model iPhone baharu telah tertiris, yang mana iPhone 11 dijual bermula dari USD749 (64GB), iPhone 11 Pro USD999 (128GB) dan iPhone 11 Pro Max pula USD1099 (128GB).
Senarai harga tertiris:
iPhone 11
- 64GB – $749 (~RM3089)
- 128GB – $799 (~RM3335)
- 256GB – $899 (~RM3752)
iPhone 11 Pro
- 128GB – $999 (~RM4170)
- 256GB – $1099 (~RM4587)
- 512GB – $1199 (~RM5005)
iPhone 11 Pro Max
- 128GB – $1099 (~RM4587)
- 256GB – $1199 (~RM5005)
- 512GB – $1299 (~RM5422)
Adakah harga ini benar? Bersama kami nantikan pelancaran rasmi pada 1am, 11 September 2019 ya.
____________________
Artikel Berkaitan:
- Ciri Baharu Apple Watch – Pemantauan Corak Tidur Bakal Diperkenalkan?!
- Skor GeekBench Terdedah?! Apple A13 Mencapai Single-Core 5415 & Multi-Core 11294!

