Stor Konsep Pertama Honor Di Malaysia!

1Honor Malaysia secara rasminya membuka Store Concept pertamanya di Plaza Low Yat semalam, ia jelas menunjukkan komitmen jenama Honor untuk menjadikan produk mereka senang diakses pengguna. Malaysia telah menjadi pasaran utama bagi syarikat itu dan pelancaran stor konsep akan menyediakan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman tawaran produk yang lebih baik untuk pengguna Malaysia.

2Dengan kerjasama TF Mobile Enterprise, stor konsep pertama Honor Malaysia dibuka di kawasan yang strategik, Plaza Low Yat di tengah-tengah Kuala Lumpur, sebuah pusat setempat yang sememangnya popular di kalangan pengguna dan peminat dunia teknologi.

3Pembukaan stor konsep menandakan langkah beransur-ansur syarikat ini ke dalam pasaran runcit, ia juga mencerminkan rancangan Honor Malaysia dalam memenuhi kehendak pengguna hari ini yang mahu mencuba sendiri peranti sebelum membelinya.

PrintStor konsep ini akan menawarkan pelbagai peranti Honor seperti Honor 8, Honor 5A, Honor 5C, Honor, 5X, Honor 6 Plus, Honor 7 dan Honor 7 Enhanced. Bukan sahaja Honor Malaysia memberikan kita stor konsep pertama mereka, syarikat ini juga mengadakan jualan promosi dari 15 November sehingga 21 November. Sepanjang promosi ini, anda bepeluang untuk menerima hadiah percuma dengan pembelian peranti Honor. Selain itu, pelanggan yang membeli telefon pintar Honor mempunyai peluang untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi Honor Band Z1, Honor Band SS, Speaker Bluetooth dan lain-lain.

Alamat stor konsep Honor

TF Mobile Concept Store
UG Lot-039 & 040, Upper Ground Floor
Plaza Lowyat
No. 7, Jalan Bintang Off Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

You might also like