
Paris – sebuah kota yang sangat kaya dengan sejarah dan satu destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi di dunia. Siapa yang tidak tahu mengenai kota Paris yang eksotik dan indah ini kan?
Baru-baru ni, kami berpeluang mengikuti rombongan media bersama HONOR Malaysia ke Paris bersempena pelancaran rasmi HONOR View20 pada 22 Januari lalu. Jadi, kami nak kongsi sikitlah dengan korang pasal phone ni! ❤️
Sebenarnya kalau korang nak tahu, HONOR View20 ni memang SUPER DUPER HEBAT. Eh? Hebat macam mana tu? Hebat lah…Telefon ni dilihat bakal mengubah panorama dan corak dunia telefon pintar. Fuyooo! Kami pun suka sangat phone ni!
Memiliki lensa kamera dengan resolusi tinggi iaitu 48MP, kehebatan pada telefon ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Bukan sahaja berkualiti bagi menghasilkan tembakan pada siang hari, bahkan mampu menghasilkan foto penggambaran malam yang cukup sempurna. Gambar juga dilihat menghasilkan ketajaman yang maksimum.
Oleh itu, kami mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri pengalaman menerokai kehebatan kamera HONOR View20 di kota paling romantis ini ❤️ Berikut kami kongsikan hasil tangkapan foto dari lensa HONOR View20 khas buat tatapan korang!
**Psssttt! Tiada sebarang post edit pada gambar, fresh terus dari kamera! Hasilnya merecikkk bak hang!**
Bagi yang berminat, telefon pintar ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499. Ketersediaan bermula 26 Januari 2019.
Jangan lupa juga ajak ahli keluarga dan kawan-kawan memeriahkan roadshow terbesar HONOR berlangsung di Tingkat Bawah Pusat Beli-Belah Highstreet @ 1 Utama pada 26 hingga 27 Januari ini! Pelbagai promosi menarik ditawarkan tahu! Maklumat lanjut, KLIK PAUTAN INI.
______________________________________________________________________
Artikel Berkaitan:
- Rasmi! HONOR View20 Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM1,999 – Ketersediaan 26 Januari 2019
- Miliki HONOR View20 Hanya RM1 Dengan Pelan MaxisONE 158!
- Dapatkan Hadiah Premium Pada Jerayawara HONOR View20 @ 26hb ~ 27hb Jan!
- [ Kongsi Tips ] : 5 Gaya OOTD Persis Supermodel – Nak Gambar Lagi POWER? Guna HONOR View20 La!