Raikan Merdeka dengan Hiburan Cara Malaysia iQIYI

Dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang semakin hampir, iQIYI mempelawa semua pelanggannya untuk sama-sama meraikan
dengan cara ‘paling’ Malaysia menerusi kempen Hiburan Cara Malaysia. Bermula 31 Ogos hingga 16 September 2022, iQIYI akan mengubah paparan antara muka aplikasinya bagi menyerlahkan lagi semangat patriotik. Bukan itu sahaja, terdapat juga ganjaran hadiah eksklusif untuk penggemar drama yang menghantar penyertaan di laman sosial rasmi iQIYI!

Sebagai sebahagian daripada kempen Hiburan Cara Malaysia, pengguna aplikasi iQIYI boleh melihat paparan elemen Malaysia dalam kesempurnaan aplikasi dan logo iQIYI termasuk Jalur Gemilang, KLCC dan mercu tanda ikonik yang lain.

Salah satu perkara yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia ialah percakapan campuran gaya tempatan. Bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan, iQIYI juga akan menganjurkan peraduan media sosial dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyuntik elemen tempatan ke beberapa dialog yang paling ikonik daripada drama yang disiarkan di iQIYI.

Dialog drama Malaysia terbaik boleh memenangi hadiah istimewa seperti kamera FUJIFILM Instax Mini 11, dan sepasang tiket masuk ke tempat ikonik Malaysia termasuk Menara KL, Dek Pemerhati KLCC, Taman Eko Rimba KL, dan FRIM Forest Skywalk. Jadi, jika anda merancang untuk keluar dengan pasangan, inilah peluang anda untuk memenangi janji temu yang sempurna sambil menunjukkan rasa cinta kepada negara tercinta.

Di sini adalah cara untuk anda menang. Sangat mudah, semudah ABC!
Langkah 1:
Layari laman rasmi Facebook atau Instagram iQIYI
Langkah 2:
’Malaysia’kan dialog ikonik yang dinyatakan dalam siaran peraduan Hiburan Cara Malaysia di ruangan komen pada siaran berkenaan.

Langkah 3:
Pemenang peraduan media sosial Hiburan Cara Malaysia akan diumumkan dilaman sosial rasmi iQIYI pada 16 September 2022. Pihak iQIYI akan menghubungi pemenang untuk urusan penghantaran hadiah.

You might also like