
Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini mengumumkan tawaran konvergens terbaharu – Celcom MAX™, penyelesaian sehenti daripada Celcom untuk perkhidmatan internet dan kesalinghubungan kediaman dan mudah alih, membolehkan pelanggan memaksimumkan gaya hidup digital mereka dalam keselesaan di kediaman mereka mahupun di mana sahaja mereka berada.

Celcom MAX™ menggabungkan kedua-dua pelan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had Celcom Home Fibre™ dan pelan pascabayar Celcom MEGA™ sebagai satu pelan dalam bil yang sama, menawarkan apa yang diperlukan pelanggan untuk terus terhubung. Celcom MAX™ memberi faedah dan membolehkan pelanggan menikmati aktiviti digital mereka seperti belajar atau bermesyuarat atas talian, permainan dan juga hiburan atas talian tanpa sebarang kebimbangan.
Celcom terus berusaha untuk memenuhi keperluan digital rakyat Malaysia dengan menyediakan akses internet yang lancar dan perkhidmatan yang inovatif, serta menambahbaik kualiti kehidupan mereka di seluruh negara. Pelanggan yang melanggan Celcom MAX™ juga akan menikmati tawaran ‘max’ seperti rebat bulanan seumur hidup, penjimatan bagi peranti untuk produktiviti dan hiburan, serta akses kepada hiburan dan kandungan tanpa henti.
Celcom MAX™ yang baharu ditawarkan dengan kadar promosi RM179 sebulan, dengan gabungan terbaik Celcom Home Fibre™ (RM120) dan pelan pascabayar Celcom MEGA™ (RM80). Gabungan tawaran terhebat ini merangkumi penjimatan RM21 setiap bulan selama seumur hidup dengan 100Mbps internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan tanpa had di talian mudah alih, dan PERCUMA router AX untuk kediaman. Selain itu, mulai 6 April sehingga 9 April 2021, 100 pelanggan pertama yang melanggan pelan Celcom MAX™ 100Mbps atau lebih tinggi akan menikmati satu bulan bil PERCUMA.
Pelanggan juga boleh memilih untuk tambahan Celcom Mesh Wi-Fi hanya pada RM25 untuk sepasang (2 unit) selama 24 bulan, membolehkan penggunaan teknologi ‘mesh’ untuk memperluas liputan Wi-Fi di kediaman serta memperbaiki liputan WiFi di lokasi yang agak lemah, mengurangkan kawasan titik lemah atau terlindung.
Bagi isi rumah yang menggunakan internet melalui pelbagai peranti pada suatu masa, pelanggan boleh memilih Celcom MAX™ 500Mbps, Celcom Home Fibre™ (RM179) dan pelan pascabayar Celcom MEGA™ (RM80) hanya pada RM259 sebulan, yang turut merangkumi sepasang Mesh Wi-Fi PERCUMA dan akses tanpa had kepada kandungan hiburan daripada IQIYI atau iflix selama 6 bulan.
Bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk lebih mahir digital dan dilengkapi dalam ekosistem digital hari ini, Celcom MAX™ menawarkan pelanggan dengan promosi terhad bagi penjimatan dan diskaun sehingga 50% atas pembelian peranti. Pelanggan boleh bekerjam belajar, dan bermain dengan peranti terkini di pasaran, seperti Televisyen Sharp 60 inci, Microsoft Surface Pro X 256GB LTE atau Surface Go 2 128GB LTE, kedua-duanya datang dengan Type Cover, apabila mereka melanggan mana-mana pelan Celcom MAX™.