Scaled Agile Melantik Rob Howard sebagai Naib Presiden Asia Pasifik yang Pertama

80
- Iklan -

Scaled Agile memperluas kehadiran di APAC untuk menyokong peningkatan dalam bilangan perusahaan yang memanfaatkan SAFe bagi transformasi digital 

BOULDER, Colorado, 6 April 2021 /PRNewswire/ — Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka dunia, mengumumkan pelantikan Rob Howard sebagai Naib Presiden syarikat untuk rantau Asia Pasifik (APAC). Howard yang berpangkalan di Australia akan mendorong strategi pertumbuhan Scaled Agile di APAC.

Rob Howard, Scaled Agile's First VP of Asia Pacific
Rob Howard, Scaled Agile’s First VP of Asia Pacific

SAFe telah menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dalam APAC apabila perusahaan di rantau ini mempercepat transformasi digital mereka. Daripada lebih 20,000 perusahaan di seluruh dunia yang menggunakan SAFe, 15% daripadanya berada di rantau APAC. Meningkatkan kesedaran tentang manfaat SAFe—jangka masa ke pasaran yang lebih pantas, kualiti, peningkatan produktiviti dan penglibatan pekerja yang lebih tinggi—menjadi kunci untuk mendorong pertumbuhan.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman bekerja yang merangkumi bidang jualan, pemasaran dan pengurusan, Howard telah memegang jawatan kepemimpinan di CyberCX, Red Education dan F5 Networks. Dalam jawatan baharunya di Scaled Agile, beliau akan mengetuai jualan perusahaan, membantu menyelaraskan sumber dan Rakan Kongsi Scaled Agile untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat serta menyokong Komuniti SAFe di APAC.

“Dengan revolusi digital yang sedang memuncak di Asia, ini merupakan masa yang terpenting untuk menyokong perniagaan di rantau ini,” kata Chris James, Ketua Pegawai Eksekutif Scaled Agile. “Latar belakang Rob menjadikan beliau sekutu perniagaan yang hebat untuk perusahaan dan Rakan Kongsi Scaled Agile ketika mereka mengembangkan penggunaan SAFe untuk mencapai kematangan digital dan memperoleh kelebihan berdaya saing.”

“Saya teruja untuk menyertai Scaled Agile ketika berlakunya revolusi transformasi digital di Asia Pasifik,” kata Howard. “Amalan ‘Lean’ dan ‘Agile’ memainkan peranan penting dalam mendorong ekonomi berasaskan teknologi baharu ini dan SAFe menjadi rangka kerja pilihan dengan pantas untuk membolehkan perniagaan di APAC melakukan transformasi dengan jayanya. Saya teruja untuk bekerjasama erat dengan ekosistem rakan kongsi kami—termasuk Accenture, NTT DATA dan PCCW Global—bagi menyokong mereka dan pelanggan mereka melalui setiap fasa perjalanan transformasi mereka.”

Tentang Scaled Agile, Inc.:

Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia. Melalui pembelajaran dan pensijilan, sebuah rangkaian rakan kongsi global dan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih 800,000 profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan ke dalam budaya mereka supaya mereka dapat mengenal pasti dan memberikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baharu dan meningkatkan hasil perniagaan dengan cepat. Scaled Agile merupakan anggota penyumbang gerakan Pledge 1% untuk kedermawanan korporat dan khidmat masyarakat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/scaled-agile-melantik-rob-howard-sebagai-naib-presiden-asia-pasifik-yang-pertama.jpg

Source: Scaled Agile, Inc.

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements

Source: PRNEWSWIRE