Jom Ramai-Ramai Buat Aduan!

1Dahulu kami ada melaporan bahawa Waze akan mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyertakan fungsi aduan jalan berlubang di dalam aplikasi navigasi Waze, nampaknya fungsi tersebut sudah semakin hampir dengan kita.

Dilaporkan bahawa fungsi tersebut akan diumumkan pada 21 November nanti dan segala aduan dari pengguna jalan raya akan disalurkan kepada majlis perbandaran yang bertanggungjawab untuk tindakan susulan.

Dengan adanya fungsi ini kami harapkan semua pihak, pengguna dan pihak berkuasa dapat berganding bahu bagi menjadikan kondisi jalan raya lebih baik dan selamat, akhir kata, JOM MENGADU!

You might also like