Kerjasama Waze Dengan Kerajaan Selangor Demi Manfaat Pengguna Trafik

Waze-Planned-Drives_All-iOS-ScreensMenurut laporan, kerajaan negeri Selangor sedang di dalam fasa perbincangan dengan pembangun aplikasi Waze untuk memasukkan satu ciri yang bakal menjadikan pemanduan di jalan raya lebih selamat. Fungsi yang sedang dibincangkan Datuk Seri Azmin Ali adalah informasi lokasi lubang di jalan raya yang boleh dikongsi komuniti pengguna Waze dengan pihak bertanggungjawab.

Sekiranya implementasi tersebut menjadi kenyataan, Menteri Besar Selangor itu membayangkan bahawa ia bakal memudah dan mempercepatkan tugas Majlis Bandaraya dalam memperbaiki jalan yang rosak, sekali gus menyediakan keadaan jalan yang lebih selamat untuk pengguna terutamanya yang menaiki motosikal.

Setakat ini masih tiada kata putus rasmi dari perbincangan tersebut tetapi nampaknya ia menunjukkan petanda yang positif dan dijangkakan sekiranya semua berjalan dengan lancar, fungsi tersebut bakal dilancarkan selepas pertengahan tahun ini.

You might also like