
Mi Bunny Kids Smart Watch, Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak
Xiaomi yang terkenal dengan pengeluaran smartphone, tablet dan juga peralatan elektrik telah memperkenalkan jam tangan pintar untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Mi Bunny Kids Smart Watch. Istimewanya peranti ini, ia bukan sekadar menawarkan paparan masa sahaja, sebaliknya membolehkan ibu bapa memantau anak-anak mereka dan mengetahui kedudukan semasa serta menghubungi anak mereka melaluinya.
Jam tangan pintar kanak-kanak ini turut menyertakan sebuah butang SOS khas, yang akan membuat panggilan kepada ibu bapa secara automatik sekiranya berlaku sebarang kecemasan dengan bantuan GPS. Selain itu, ibu bapa turut boleh menambah notifikasi bunyi amaran sekiranya anak-anak berada di luar kawasan yang telah ditetapkan.
Mi Bunny Kids Smart Watch menawarkan bateri berkapasiti 300mAh yang mampu bertahan sehingga 6 hari. Buat masa sekarang, ia terhad untuk pasaran China sahaja dan dijual dengan harga RMB299 (anggaran RM179).

