
vivo Bakal Melancarkan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Minggu Hadapan?!
Syarikat Cupertino, Apple belum lagi mengesahkan iPhone keluaran tahun ini akan hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin, tetapi apa yang ingin ditampilkan oleh vivo ini jika benar akan mengejutkan ramai pihak.
Majlis yang akan diadakan pada 28 Jun ini dikhabarkan akan mendedahkan teknologi baru dalam arena telefon pintar. Apa yang boleh dilihat melalui teaser yang dikeluarkan mereka ialah sebuah lakaran cap jari terletak di tengah-tengah skrin peranti. Juga tagline “unlock the future” berbunyi seperti sistem keselamatan masa hadapan, ini sudah cukup untuk menampakkan perkara yang membelenggu Apple akan dimulakan oleh vivo dahulu.
vivo juga masih belum menyatakan adakah fungsi ini akan dimasukkan pada telefon pintar atau sebagainya. Walau bagaimanapun, kita akan menunggu berita sahir pada Pameran MWC 2017 Shanghai minggu hadapan.

