- Iklan -

Isu Touch ID Pada iPhone 8 – Mungkin Tidak Akan Hadir Pada Panel OLED?!

Sebelum ini kita dikhabarkan butang Home selaku pengimbas cap jari pada iPhone 8 akan dibuang, dengan menggantikan Touch ID pada panel OLED di paparan hadapan, berkemungkinan perkara ini tidak akan berlaku kerana pihak Apple menghadapi isu kesukaran atau kelewatan dalam projek pembangunan fungsi ini.

Isu ini berkait rapat dengan bekalan dari pembekal kerana bahagian tersebut yang dikatakan agak rumit untuk dibangunkan. Ada spekulasi yang berpendapat Apple akan melakukan langkah drastik dengan meletakkan Touch ID di bahagian belakang peranti tersebut.

Menurut Andy Hargreaves, pakar analisis dari Pacific Crest Securities, pilihan sedemikian tidak boleh ditolak oleh Apple. Tambahnya lagi, Apple mungkin menghadapi kelewatan dalam pengeluaran iPhone 8 atau fungsi Touch ID pada panel OLED dihapuskan. Perkara ini tidak akan berlaku kerana sistem keselamatan dan privasi tidak akan terjamin sekiranya fungsi cap jari tiada.

Jadi apakah langkah yang patut diambil oleh Apple kerana iPhone 8 ini seperti kita sedia tahu peranti yang jauh lebih mahal berbanding iPhone 7s dan mempunyai ciri-ciri tambahan yang istimewa. Pada pendapat kami, butang Touch ID boleh diletakkan di bahagian tepi seperti Sony Xperia Z5 dan tidak semestinya di bahagian belakang sahaja. Apa-apa pun kita tunggu sahaja maklumat terbaru pada masa akan datang.

You might also like