
Acer Malaysia telah membuat kejutan apabila melancarkan Predator Orion 9000 pada pelancaran rasmi Acer Predator, selain komputer riba gaming Acer Predator Triton 700. Dengan kehadiran Predator Orion 9000, ia sekaligus melengkapkan rangkaian peranti permainan video keluaran Acer.
Direka untuk memainkan permainan grafik yang tinggi, peranti ini dikuasakan oleh Intel Core iP Extreme Edition bersama dua pilihan kad grafik iaitu Radeon RX Vega ataupun GeForce GTX 1080 Ti yang menyokong realiti maya, video UHD 4K serta mampu memenuhi keperluan kerja dan gaming anda.

Dibekalkan dengan memori DDR4 32GB, storan 512GB PCI-E SSD dan pemacu cakera keras sebesar 3TB untuk Intel Core i9, manakala Intel Core i7 pula menawarkan spesifikasi lebih rendah iaitu DDR4 16GB, storan 256GB PCI-E SSD serta pemacu cakera keras 1TB.
Peranti ini juga menawarkan beberapa ciri menarik seperti ‘overlocking’ yang membolehkan pemain memilih prestasi turbo dengan hanya menekan satu butang sahaja. Kehadiran IceTunnel 2.0 juga sangat berguna kerana ia mampu mengekalkan suhu apabila bermain terlalu lama supaya tidak panas. Pemegang dan roda yang disediakan memudahkan anda membawa PC ini kemana-mana sahaja.

Acer Predator Orion 9000 akan berada di pasaran Malaysia pada Disember 2017, dijual pada harga RM28,888 untuk model dengan Intel Core i9 dan Intel Core i7 pula berharga RM12,999.

