OtterBox Perkenal Koleksi Sarung Pelindung Rasmi Star Wars Untuk iPhone

Bersempena dengan kemunculan filem Star Wars: The Last Jedi yang akan ditayangkan tidak lama lagi, OtterBox telah memperkenalkan koleksi sarung pelindung rasmi terbarunya melalui siri Symmetry Series Star Wars. Terdapat lima rekaan telah diperkenalkan iaitu On-Ahch-To, Gold BB8, Storm Trooper, Rebel Red dan juga Lord Vader. Sungguhpun begitu, koleksi eksklusif ini hanya tersedia untuk beberapa model sahaja seperti iPhone 7, 7 Plus, 8 dan juga 8 Plus.

                                             Dari kiri: Rebel Red, Lord Vader dan Gold BB8.

Berdasarkan kepada laman sesawang rasmi OtterBox, dua daripada koleksi tersebut iaitu On Ahch-To dan Storm Trooper hanya boleh dimiliki secara pra-tempah buat masa ini. Sarung pelindung istimewa dari OtterBox ini boleh dimiliki pada harga USD44.95 (kira-kira RM182) untuk model iPhone 7 dan 8, manakala untuk model iPhone 7 Plus dan 8 Plus pula dijual pada harga USD54.95 (kira-kira RM222).

                                                              Dari kiri: Storm Trooper dan On Ahch-To; kini boleh dipra-tempah.

You might also like