vivo V7 Dengan Keupayaan Swafoto 24MP Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299

vivo selaku pengeluar telefon pintar terkemuka hari ini telah memperkenalkan model terbarunya dengan kemunculan V7, khas untuk pengguna di Malaysia yang inginkan swafoto berkualiti tinggi.

Berbeza dengan vivo V7+ yang telah dilancarkan pada September yang lalu, vivo V7 menampilkan spesifikasi yang sedikit berbeza seperti paparan skrin FullView sebesar 5.7 inci beresolusi 720 x 1440 piksel, memori dalaman 32GB serta RAM 4GB, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Sebagaimana model V7+, model terbaru V7 ini turut dilengkapi dengan keupayaan swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi Face Beauty 7.0 bagi mengekalkan keaslian warna gambar.

Kamera swafoto 24 Megapiksel pada vivo V7 tidak dilengkapi dengan LED flash sebagaimana vivo V7+

vivo V7 akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 25 November 2016 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,299 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo ataupun secara atas talian. Manakala pra-tempah untuk V7 bermula dari 20 hingga 24 November 2017 di Lazada.

 

You might also like