Meraikan 20 Tahun Alienware Dengan Mesin Gaming Sedia VR

Image 32 dekad yang lalu, Nelson Gonzalez dan Alex Aguila mengorak langkah dan memulakan sebuah syarikat perkakasan komputer dikenali sebagai Alienware yang bernaung di bawah Dell. Telah banyak yang dicapai oleh Alienware sepanjang 20 tahun penglibatan mereka di dalam industri perkakasan teknologi, terutamanya dalam pasaran perkakasan gaming.

Bagi meraikan pencapaian gemilang 20 tahun Alienware, satu majlis telah dilangsungkan bagi memperkenalkan Alienware 13, Alienware 15, Alienware 17 dan juga Alienware Aurora. Ini merupakan barisan gaming platform terbaru dari Alienware yang mengetengahkan kemampuan mengendalikan media, perisian dan juga permainan VR bagi gamers tegar.

(From left to right): Ray Wah, Senior Vice President, Consumer Product Marketing, Dell; and Jarebb Chua, Country Manager, Consumer Business, Malaysia & Singapore, Dell.
(From left to right): Ray Wah, Senior Vice President, Consumer Product Marketing, Dell; and Jarebb Chua, Country Manager, Consumer Business, Malaysia & Singapore, Dell.

Alienware 13
Gaming notebook paling kompak bagi siri terbaru, ia mampu dikonfigurasikan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX-10 Series lantas menjadikannya antara notebook kompak yang mampu mengendalikan VR. Walaupun kecil, Alienware 13 tetap berbeza dari segi spesifikasi dan fizikal, sesuai bagi mereka yang mahukan gaming notebook mudah alih.

Alienware 15

Alienware 15Keseimbangan optimum di antara prestasi dan mudah alih merupakan aspek utama Alienware 15. Notebook saiz pertengahan ini mempunyai skrin 15.6 inci FHD IPS yan juga menyokong sistem NVIDIA G-Sync bagi memberikan anda frame rate yang lancar ketika bermain permainan. Dari segi pemprosesan grafik, Alienware 15 menggunakan NVIDIA GeForce GTX 1060 yang diklasifikasikan sebagai VR-Ready.

Alienware 17

Alienware 17Model ini pastinya akan membuatkan anda dicemburui rakan-rakan kerana ia merupakan gaming notebook terhebat bagi siri terbaru ini. Ia dilengkapi segala perkakasan terbaik yang mampu Alienware tawarkan pada sebuah notebook generasi baru, merangkumi saiz skrin, prestasi gaming dan juga pengalaman imersif. Pemproses overclocked Intel Core i7 k-series bukanlah calang-calang cip pemproses, dan disokong pula dengan sistem memori DDR4 yang mampu beroperasi sehingga 2667 Mhz, anda pasti akan merasai prestasi sebuah notebook yang hebat.Alienware 17 _ 1

Selain itu, Alienware 17 juga hadir bersama teknologi Tobii eye tracker yang membolehkan notebook ini berinteraksi dengan anda melalui pergerakan mata. Ia boleh mengesan bahagian paparan yang anda sedang perhatikan dan berinteraki dengan perisian di dalam komputer.

Rakan media mencuba teknologi Tobii eye tracker.
Rakan media mencuba teknologi Tobii eye tracker.

Pada majlis berkenaan, beberapa rakan media berpeluang mencuba teknologi ini di mana mereka perlu memandang objek di dalam permainan dan memusnahkannya dengan menekan papan kekunci. Amat mengagumkan kerana melalui teknologi ini anda tidak perlu lagi menggerakkan mouse untuk mensasarkan objek, cukup cuma memandang.

Rakan media mencuba permaianan lumba kereta VR yang dioperasikan pada Alienware 17.
Rakan media mencuba permaianan lumba kereta VR yang dioperasikan pada Alienware 17.

Alienware Aurora

Alienware AuroraSebuah gaming desktop juga turut diperkenalkan bersama-sama 3 notebook yang disebutkan. Desktop ini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding model Aurora sebelum ini, namun masih memberikan prestasi yang lebih hebat dan terkini. Ia menyokong sistem dwi kad grafik NVIDIA GeForce yang membolehkan anda menikmati permainan 4K sehingga 12 (bergantung kepada spesifikasi konfigurasi) dan cip pemproses terbaru dari Intel.

aw_aurora_r5_gml_00025lf_gy_meitu_1Bagi proses penyejukan pula, Alienware melengkapkan Aurora dengan sistem penyejukan cecair yang membolehkan desktop kekal pada suhu yang sesuai ketika anda sedang bermain permainan yang intensif.

Harga & Tarikh Jualan
Produk Harga permulaan
Alienware 13 Akan diumumkan pada penghujung November
Alienware 15 RM 6,999 (hujung bulan Oktober)
Alienware 17 RM 8,299 (hujung bulan Oktober)
Alienware Aurora RM 3,999 bagi model 6th Gen Core i3
You might also like