
Susulan dengan berita mengenai HUAWEI disekat dari menggunakan perkhidmatan Google, pihak HUAWEI telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:
Sebagai salah satu rakan kongsi utama Android, Huawei seringkali memberi sumbangan yang konsisten terhadap perkembangan dan pertumbuhan Android, di samping bekerjasama rapat dengan mereka untuk membina dan membangunkan ekosistem yang memberi manfaat kepada industri dan pengguna telefon pintar.
Huawei akan pastikan ciri-ciri keselamatan dalam setiap telefon pintar sedia ada Huawei dan HONOR akan terus dikemaskini seadanya.
Kami komited untuk terus membina ekosistem perisian yang selamat dan ampuh untuk memberikan pengalaman telefon pintar terbaik kepada semua pengguna di seluruh dunia.

