
Nokia 3 Akan Menerima Kemas Kini Android 7.1.1 Bulan Ini
HMD Global akan mengotakan janji mereka seperti mana yang pernah diberitahu pada majlis pelancaran Nokia 3,5, dan 6 pada bulan Mei yang lalu. Sebelum ini, Nokia mengatakan bahawa peranti-peranti Android keluaran mereka akan menyokong sistem operasi baru Android 7.1.1 Nougat sebelum akhir tahun ini.
Berita baiknya, pengguna Nokia 3 akan mula menerima kemas kini terbaru hujung bulan ini secara global. Perkara ini juga disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas di laman Twitter beliau.
