Dapatkan Barangan Serendah RM1, Kempen Lazada Online Revolution Kini Kembali!

Kaki shopping pastinya mengenali portal e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada. Hari ini, Lazada telah melancarkan kempen tahunan terbesarnya iaitu Online Revolution 2017. Apa yang menarik, kempen yang bermula 11.11 sehingga 12.12.2017 ini menawarkan sebanyak 9 juta produk berbanding hanya 3 juta sahaja pada tahun 2012.

Antara jenama yang dijual pada kempen ini.

Bertemakan ‘Shop The Universe’, Lazada menyediakan lebih 300 jenama di antaranya Samsung, JBL, Lenovo SenHeng dan pelbagai lagi. Selain itu, pusat membeli belah dari China, Taobao yang baru sahaja diperkenalkan oleh Lazada turut menyertai kempen ini.

Pelbagai promosi hebat disediakan!

Lebih istimewa, pengguna boleh mendapatkan barangan terpilih dari Lazada serendah RM1, potongan harga sehingga 90%, jualan kotak misteri, kad baucer 11.11 serta diskaun hebat dari telco terpilih.

Dapatkan barangan terpilih serendah RM1!

Jangan lupa tandakan di kalendar anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari sahaja Lazada Online Revolution.

You might also like