Pengguna Hotlink Boleh Menikmati 999GB Data Facebook Percuma Setiap Hari

Facebook tidak dinafikan menjadi salah satu daripada laman sosial yang paling popular di dunia, dan ini termasuklah di Malaysia sendiri. Menyedari akan potensi besar tersebut, Hotlink kini telah memperkenalkan data Facebook percuma sebanyak 999GB pada setiap hari untuk tempoh selama setahun yang akan berakhir sehingga 31 Disember 2018 nanti. Sungguhpun begitu, tawaran ini hanya boleh dinikmati eksklusif untuk pengguna baharu yang membeli pek permulaan prabayar Hotlink FAST atau SUPER mulai sekarang hingga 31 Disember 2017 ini sahaja.

Pengaktifan data Facebook percuma pantas sebesar 999GB pada setiap hari ini boleh dinikmati dengan hanya membeli mana-mana pas Internet, tidak kira sama ada pas harian, mingguan ataupun bulanan. Dengan setiap pembelian pas Internet ini serendah RM3 ini, data Facebook percuma tersebut boleh terus digunakan pada peranti mudah alih pengguna.

You might also like