
Langkah Wajib Untuk Menebus Permainan Percuma Dari Epic Games Store
Sekiranya anda ingin terus menebus permainan percuma melalui Epic Games Store sepanjang tahun ini, anda perlu meningkatkan tetapan keselamatan akaun anda. Bermula dari minggu ini, Epic mengumumkan bahawa pemain perlu mengaktifkan pengesahan dua faktor pada akaun mereka untuk menuntut hadiah yang mereka tawarkan.

“Mulai hari ini dan berakhir pada 21 Mei, kami secara berkala akan memerlukan pengesahan dua faktor (2FA) sebelum menuntut permainan percuma di Epic Games Store,” kata Epic. Sekiranya anda cuba menuntut permainan percuma tanpa mengaktifkan 2FA, anda akan diminta untuk mengaktifkan tetapan tersebut terlebih dahulu.
“Kami membuat perubahan ini dalam usaha untuk mendorong pemain kami mengambil langkah untuk berjaga-jaga dalam hal keselamatan akaun Epik mereka,” kata Epic lagi. Pengesahan dua faktor akan menghantar kod unik ke peranti lain setelah anda log masuk dengan kata laluan anda untuk keselamatan tambahan. Anda boleh mengaktifkan 2FA di bahagian Password & Security di dalam profil Epic Games Store anda, dan memilih untuk menerima kod keselamatan tambahan melalui mesej teks, e-mel, atau aplikasi pengesahan khusus.

Pengesahan dua faktor dengan kata laluan unik akan meningkatkan perlindungan akaun anda sekaligus melindungi informasi senitif seperti maklumat pembayaran. Lantas kami menyokong penuh langkah yang diambil oleh Epic Games Store.
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

