
Pepijat Terbaru macOS “Makan” Space Kaw2!!!
Satu pepjijat terbaru dilaporkan telah terlepas dari makmal Apple (dramatik sungguh) dan mengganggu gugat peranti macOS Catalina melalui aplikasi Image Capture, menyebabkan ruangan storan “dimakan” dengan cepat.

Pembangun NeoFinder (aplikasi fail media) yang menjumpai pepijat tersebut melaporkan bahawa isu ini akan berlaku apabila anda menyalin gambar dari iPhone atau iPad ke dalam peranti macOS Catalina, di mana Image Capture akan mencipta ruangan data tambahan kepada fail-fail yang disalin lantas menyebabkan fail ini lebih besar dari fail asal.
Pada kebiasaannya, imej yang disalin melalui Image Capture akan disimpan dalam format HEIF. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memilih ‘Keep original’, Image Capture akan menukar fail tersebut menjadi jenis fail JPG yang lebih kecil saiznya. Secara teorinya, ini patut menjimatkan ruang storan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Siasatan yang lebih terperinci mendapati Image Capture akan menambah sebanyak 1.5MB data kepada setiap fail imej yang disalin. Mungkin jika anda macam saya, masalah ini tidak terlalu menggusarkan. Namun bayangkan jika anda seorang jurugambar, pastilah koleksi foto digital anda jauh lebih besar, berdasarkan kalkulasi, 1,000 fail akan memakan data sebanyak 1.5GB. Fuhhhh!
Dilaporkan juga Apple sudah sedia maklum mengenai masalah ini, namun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun penyelesaian. Buat masa sekarang, anda bolehlah elak dahulu dari menggunakan Image Capture untuk menyalin gambar
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

