OPPO Find X2 Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan Pada 10 Mac 2020!

OPPO Find X2 akan bertemu dengan peminat OPPO di pasaran tempatan pada 10 Mac 2020! Ya~ ini adalah kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh OPPO Malaysia, bermakna anda tidak perlu tunggu lama lagi untuk melihat sendiri peranti hebat ini!

OPPO Find X2 adalah peranti flagship yang dikhabarkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 865, skrin kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W dan sokongan rangkaian 5G. Untuk maklumat lebih lanjut, kita nantikan pelancaran di awal Mac ini.

You might also like