
KPJ Healthcare Berhad hari ini mengumumkan teknologi Watson of Oncology yang dilatih oleh Memorial Sloan Kettering (MSK) kini digunakan di beberapa hospital KPJ seluruh Malaysia. Teknologi ini merupakan sebuah platfom pengkomputeran kognitif yang menyediakan pantauan lanjut untuk membantu para pegawai perubatan untuk merawat pesakit kanser.

KPJ juga telah menjadi pusat perubatan swasta pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Watson of Oncology. Lima buah hospital terbabit dalam perkhidmatan ini antaranya ialah KPJ Damansara, KPJ Ampang Puteri, KPJ Johor, KPJ Ipoh, dan KPJ Sabah.
Penggunaan teknologi digital ini diperkenalkan agar dapat meningkatkan keupayaan sesebuah hospital KPJ dalam menyediakan pilihan rawatan kepada pesakit kanser berdasarkan fakta dan bukti perubatan.

Berdasarkan statistik dari Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser adalah punca ketiga kematian paling tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu 14% selepas penyakit repiratori (19%), selepas penyakit jantung (23%). Kaum wanita pula adalah golongan yang lebih terdedah untuk mendapat penyakit kanser berbanding kaum lelaki.
Watson of Oncology telah dibangunkan oleh IBM dengan kerjasama pusat kanser. Teknologi ini akan merumuskan ciri-ciri perubatan utama seorang pesakit, sekaligus menyediakan maklumat kepada pakar onkologi. Teknologi ini juga menjadi terminal penyimpanan bukti dengan mengekstrak lebih daripada 300 jurnal perubatan, 200 buku teks, dan hampir 15 juta muka surat teks dalam pelbagai pilihan rawatan.

Oleh itu, kini KPJ dilihat ke arah inovatif dengan pembawaan pengkomputeran kognitif ke dalam aliran kerja klinikal lantas menambah dan meningkatkan keupayaan para doktor di Malaysia.
Bagi anda yang masih belum jelas mengenai Watson of Oncology, ia bermaksud sokongan kepada doktor untuk membangunkan pelan rawatan untuk kanser payudara, paru-paru, usus, serviks, ovari, gastrik, prostat, dan pundi kencing.
Layari IBM Malaysia untuk makumat lanjut.

