Penemuan Bahan Semikonduktor Terbaru
Penyelidik dari University of Utah telah menemui bahan terbaru semikonduktor 2D yang boleh digunakan dalam penghasilan barangan elektronik. Penemuan ini amat signifikan kerana ia membolehkan pengeluar menghasilkan komputer dan peranti pintar yang lebih pantas tanpa menggunakan kuasa yang tinggi.
Bahan semikonduktor baru ini terdiri dari elemen tin dan oksigen dan mempunyai ketebalan satu atom pada setiap lapisan. Sifat tersebut membolehkan arus elektrik bergerak melalui bahan ini lebih laju tanpa perlu melalui rintangan berbanding bahan 3D seperti silikon. Bahan ini berpotensi digunakan pada masa hadapan dalam penghasilan cip pemproses komputer, grafik dan pelbagai komponen elektronik lain. Menurut data penyelidikan, bahan terbaru ini 100 kali lebih efisien berbanding bahan yang sedang digunakan dalam pembuatan komponen elektronik.

