
Acer bukan hanya memperkenalkan barisan model komputer riba, tetapi mereka turut memperkenalkan monitor Acer EI491CR. Monitor yang bersaiz 49 ini ini dihadirkan dengan DFHD dan VESA Certified Display HDR 400 yang memberikan ketepatan warna di tahap terbaik.
Menariknya boleh disepadukan dengan teknologi Radeon FreeSync 2 untuk mengelakkan skrin daripada luntur dan disebabkan oleh 144Hz rapid refresh rate, monitor ini boleh menawarkan pengalaman bermain game dengan lebih baik dengan input lag yang lebih rendah.
Tambahan lagi, monitor ini turut menyokong PiP yang membenarkan pengguna untuk menggunakan 2 paparan pada 1 skrin. Selain itu, teknologi Backlight LED yang mana terdapat 7 warna ambient lighting system yang boleh dilihat di bahagian belakang skrin. Ia turut disertakan dengan 3W stereo speaker.
Skrin yang melengkung ini turut didatangkan dengan beberapa ciri iaitu Acer BlueLightShield, Acer ComfyView display dan Acer Flicker-less technologies yang memberikan pengalaman tontonan dan gaming yang lebih baik. Monitor ini disertakan dengan port HDMI dan Display port. Ia juga boleh ditundukkan dari 5 darjah sehingga 15 darjah dan mempunyai sudut pandangan 178 darjah.
Monitor ini bakal dijual pada harga RM3399 dan akan tersedia pada pertengah Mei tahun ini.
Dalam pada itu, Acer Malaysia turut memperkenalkan projector Acer PD1320Wi dan PD1520i. Menariknya ia mempunyai saiz sebesar A4 sahaja dan ketebalan sisi adalah 6cm. Justeru ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Acer PD1320Wi didatangkan dengan resolusi WXGA (1280 x 800 atau maksimum WUXGA (1920 x 1200) sementara Acer PD1520i pula didatangkan dengan resolusi 1080p (1920 x 1080) atau maksimum 4K2K (3840 x 2160) yang memberikan unjuran paparan yang setanding dengan definisi tinggi.
Dilengkapi denghan LED light source, projector ini menawarkan jangka hayat sehingga 30000 yang bermaksud pengguna boleh menggunakannya 8 jam setiap hari lebih dari 10 tahun.
Tidak seperti projector yang berasaskan lampu, kedua-dua Acer PD1320Wi dan PD1520i menawarkan Fungsi on/off yang pantas iaitu sepantas 1 saat. Selain itu, kedua-dua projector 3 emitter panel berasingan iaitu merah, hijau dan biru LED bagi mendapatkan color saturation.
Bagi Acer PD1320Wi ia bakal dijual pada harga RM2999 sementara Acer PD1520i pula dijual pada harga RM3699 dan akan tersedia pada penghujung Mei.

