SONOS Beam Kini Boleh Dibeli Di Harvey Norman & Machines – Berharga RM2,399

961
- Iklan -

Pernah dengar jenama SONOS? Ia sememangnya terkenal dalam penghasilan aksesori seperti speaker, soundbar dan beberapa lagi. Terbaru, SONOS telah memperkenalkan sebuah soundbar premium terbaru keluarannya yang diberi nama SONOS Beam.

Didatangkan dengan rekaan nipis dan kompak, SONOS Beam sesuai dipadankan dengan TV masa kini. Bunyi yang dinamik disalurkan melalui subwoofer binaan dalaman mampu menjimatkan ruang sambil memberikan hiburan yang imersif.

Teknologi yang didatangkan bersama membolehkan soundbar ini menghemburkan bunyi bass yang padat tanpa menjejaskan kejelasan suara. Ia menyokong tiga mod audio antaranya mod standard dan mod sekeliling serta mod pintar di mana boleh mengawal prestasi suara secara automatik.

Lebih istimewa, soundbar ini turut dilengkapi ciri-ciri Amazon Alexa bagi membolehkan pengguna mengawal peranti ini hanya dengan menggunakan arahan suara sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai bagi mereka yang inginkan konsep dalaman rumah yang moden dan sistem teater rumah yang kompak.

Kepada yang berminat, SONOS Beam dijual pada harga RM2,399 dan boleh dibeli di Machines dan Harvey Norman cawangan IPC Damansara serta Mid Valley Megamall.