
unifi hari ini membawakan #khabarbaik kepada para pengguna Streamyx di mana mereka kini hadir dengan sejumlah penawaran baharu iaitu unifi Air, unifi Lite dan aplikasi myunifi – dalam usaha memastikan segenap lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah Negara Digital.
unifi Air merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi wayerles sedia ada yang dinaik taraf sebagai penyelesaian untuk meningkatkan capaian internet pengguna. Ia didatangkan dengan modem pasang dan guna tanpa wayar (plug-and-play wireless modem). Ia boleh menghubungkan sehingga 64 peranti dengan purata kelajuan mencecah 20Mbps.
Unifi Air ditawarkan pada harga serendah RM79/bulan dengan kontrak selama 24 bulan. Lebih menarik, pakej ini menawarkan Internet tanpa had dan tiada bayaran pendahuluan dikenakan. Peranti juga boleh didapati secara percuma. Perkhidmatan ini boleh dinikmati lebih 35,000 kediaman di 28 kawasan LTE seluruh negara.
Selain itu, unifi turut hadir dengan penawaran Unifi Lite untuk pengguna Streamyx sedia ada yang tinggal di luar kawasan liputan fiber dan LTE. Pakej langganan ini ditawarkan pada harga yang lebih murah – RM69/bulan untuk pengguna sedia ada. Bagi pelanggan baru pula, ia ditawarkan pada harga RM89/bulan. unifi Lite ditawarkan bermula 1 September 2019.
Tidak hanya terhenti disitu, unifi juga mengumumkan aplikasi myunifi – bertujuan memudahkan pelanggan untuk menguruskan akaun unifi mereka. Aplikasi ini menawarkan sejumlah ciri menarik termasuk pemasangan 24-jam, bantuan sokongan secara ‘live-chat’ dan kemudahan proses pembayaran.
Dalam pada itu, aplikasi myunifi juga dipertingkatkan dengan ciri keselamatan bagi memudahkan proses log masuk tunggal. Maklumat lanjut, sila layari unifi. Muat turun aplikasi myunifi secara percuma menerusi :