
Microsoft Membuat Keputusan Menghentikan Perlesenan Windows Pada Komputer HUAWEI
Susulan isu sekatan perdagangan antara HUAWEI dan Amerika Syarikat, terkini pihak Microsoft juga terpaksa menghentikan perlesenan Windows pada komputer HUAWEI.
Ini bermakna komputer keluaran HUAWEI yang akan datang tidak dapat beroperasi di bawah Windows secara rasminya. Menurut laporan, komputer HUAWEI yang tersedia di pasaran tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kemas kini Windows.
ARTIKEL BERKAITAN:
- HUAWEI Disekat Daripada Guna Perkhidmatan Google
- Kenyataan Media: Pengunaan Platform Android dalam Peranti Huawei
- HUAWEI Diberi Lesen Sementara Untuk Terus Sediakan Kemas Kini Android – Hingga 19 Ogos 2019
Walaupun isu sekatan ini menyebabkan peranti pintar HUAWEI tidak dapat menggunakan servis Google termasuk yang terkini sistem operasi Windows, namun boleh dipercayai pihak HUAWEI akan mempunyai jalan penyelesaian yang sewajarnya dalam masa terdekat ini.
[ Sumber ]

