
Computex 2019: ASUS ROG Perkenal Swift PG27UQX, Paparan Gaming Pertama Disertakan Dengan Mini LED, Beri Paparan Terbaik
ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini telah mengumumkan ROG Swift PG27UQX dengan G-SYNC Ultimate yang merupakan paparan gaming pertama yang direka dengan mini-LED technology yang pastinya mampu memberikan paparan 4K HDR yang terbaik disertakan dengan nisbah kontras yang sangat tinggi.
Swift PG27UQX telah menyertakan 2,304 mini LED ini ke dalam paparan peranti ini. Menerusi Mini LED ini, ia mampu melalui 576 kawasan pencahayaan.
Keupayaan mengawal local dimming adalah lebih tepat dan hal ini bermakna pemain boleh melihat perincian yang lebih teliti pada visual HDR. Ia juga mampu mengurangkan kesan Halo. Penggunaan tenaga juga dapat dikurangkan iaitu sekitar 7%.
ROG Swift PG27UQX mewarisi keupayaan Swift PG27UQ, termasuklah resolusi 4K UHD (3840 x 2160), kadar segar semula 144Hz, quantum-dot technology, wide DCI-P3 97% dan Adobe RGB 99% color gamut, sokongan NVIDIA® G-SYNC™ Ultimate, mengintegrasikan sokongan Auro Sync.
Swift PG27UQX turut memperkenalkan kawalan pintar kipas yang mana membolehkan untuk melaraskan kelajuan kipas secara terus pada paparan.
** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019