iOS Terbaru Bakal Mematikan Beratus Ribu Aplikasi iOS

iOS 11, sistem operasi versi terbaru yang sedang dibangunkan Apple untuk peranti mudah alih mereka akan menandakan migrasi total dari sistem 32-bit kepada 64-bit. Apabila sistem operasi ini dilancarkan kelak, dijangkakan lebih kurang 187,000 aplikasi 32-bit tidak lagi akan berfungsi.

iPhone 5S merupakan titik tolak perubahan apabila Apple melengkapkan model tersebut dengan pemproses 64-bit. Bermula dari saat tersebut Apple secara perlahan berhijrah dari menggunakan aplikasi 32-bit. Kami merasakan penghijrahan ini tidak akan menjadi masalah yang besar kepada kebanyakan pengguna, kerana berkemungkinan besar aplikasi yang tidak menyokong 64-bit tidak dikemas kini sejak sekian lama dan ketinggalan berbanding aplikasi lain.

You might also like