Grab Kini Di Ipoh, Kuantan, Kuching, Seremban, Nilai Dan Port Dickson

Grab kini memperluaskan perkhidmatan GrabCar kepada empat bandar-bandar utama di seluruh Malaysia iaitu Ipoh, Kuantan, Kuching dan Seremban, termasuk daerah Nilai dan Port Dickson. GrabCar sudah pun mula beroperasi secara rasmi di bandar-bandar tersebut pada 15 Mac lalu di mana penduduk dan mereka yang berada di kawasan tersebut boleh menempah pemandu Grab dan menikmati kos perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi dengan lebih murah dan mudah.

Bagi meraikan pengembangan operasi Grab ke kawasan baru, Grab melancarkan promosi eksklusif bagi pengguna Grab di bandar-bandar tersebut. Bermula dari 15 hingga 31 Mac 2017, anda boleh menempah perjalanan GrabCar dan memilih untuk membayar sama ada secara tunai atau kad kredit / debit, dan dengan menggunakan kod HIGRAB5 akan menikmati potongan RM5 bagi 10 perjalanan.

Muat turun aplikasi Grab
You might also like