
HONOR 9X Dijangka Sokong Cip Kirin 810 – Bakal Diperkenal Kepada Umum Pada 23 Julai 2019
Kita telahpun didedahkan dengan ketirisan maklumat mengenai kemunculan pewaris baru HONOR iaitu HONOR 9X. Ramai mula bertanya bilakah peranti tersebut bakal dilancarkan? Nampaknya, teka-teki bakal terjawab apabila HONOR kini mengesahkan model tersebut bakal diperkenalkan secara rasmi pada 23 Julai 2019.
Acara pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung di China. Pengesahan ini dibuat menerusi sebuah poster acah yang kini tersebar meluas di media sosial. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi.
Namun, terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia dijangka hadir dengan sokongan cip pemproses Kirin 810 sebagai tunjang utama. Tidak seperti versi terdahulu, HONOR dijangka turut hadir dengan penawaran versi ‘pro’ untuk siri ini dan didatangkan sokongan tiga kamera utama – salah satu bakal sokong kamera ultra lebar.

HONOR 9X dijangka membawakan penawaran peranti pada harga mampu milik. Teruja? Sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]