

Minggu lalu, melalui program Samsung Love & Care, Samsung terus menyumbang kepada masyarakat dengan membawa 30 orang pelajar dan 5 orang guru di RPS Legap, Sungai Siput, Perak ke Sunway Lost World of Tambun. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memupuk kecintaan terhadap teknologi dan memperlihatkan sebarang kebarangkalian yang tidak terbatas yang boleh dicapai menggunakan Samsung Galaxy Note9.
Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics Malaysia, Yoonsoo Kim berkata, aktiviti seperti ini pastinya dapat memdidik kanak-kanak tersebut terhadap potensi sebenar teknologi.
“Aktiviti seperti ini pastinya dapat membuka mata kanak-kanak tersebut bahawa teknologi bukan hanya alat untuk bermain game,tetapi ia juga mampu untuk menzahirkan potensi,” katanya.

Sepanjang aktiviti tersebut, kanak-kanak tersebut menyertai pelbagai aktiviti di sekitar taman tema dengan cabaran yang melibatkan Galaxy Note9. Setiap cabaran bertujuan untuk mempamerkan ciri-ciri tertentu pada peranti tersebut seperti Slow-mo, mengambil gambar swafoto dan Doodling dengan S Pen dan kamera live fokus.
Kanak-kanak tersebut diketuai oleh sukarelawan dari Sansung dan dengan bimbang, kanak-kanak tersebut berjaya menghasilkan gambar dan video yang menakjubkan sama ada gambar mereka sendiri, gambar haiwan dan taman tema. Pelbagai hadiah turut disediakan bagi pasukan yang telah melakukan tugasan dengan baik.

Samsung juga turut mempunyai misi menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar. Justeru sukarelawan Samsung dan penduduk tempatan menyertai aktiviti menanam pokok. Sungguhpun Samsung ingin menunjukkan bahawa teknologi membawa kemajuan, namun apa yang lebih penting kita perlu ingat bahawa kita perlu menjaga bumi yang kita diami.

