‘Xiaomi Photography Challenge’ Tawarkan Hadiah Bernilai RM208,950

Kategori ‘Natural look’

Kepada pengguna Xiaomi dan suka mengambil gambar, apa kata anda menyertai pertandingan fotografi ajuran Xiaomi iaitu ‘Xiaomi Photography Challenge’ dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai USD50,000 (RM208,950).

Terbuka kepada semua pengguna telefon pintar Xiaomi, peraduan fotografi ini telahpun bermula 25 Oktober hingga 22 November 2018. Pengguna hanya perlu menghantar gambar kreatif mengikut kategori tersedia seperti ‘Natural look’, ‘Piece of the World’, ‘Dreamscape’ serta ‘Why So Serious’, dan gambar yang diambil mestilah menggunakan telefon pintar Xiaomi sahaja.

Kategori ‘Piece of the world’

Seramai 100 orang peserta yang akan dipilih pada 23 November 2018 untuk ke peringkat seterusnya sekaligus merangkul gelaran juara. Gambar terbaik akan dipilih oleh Mi Fans, berdasarkan undian yang akan bermula 27 November hingga 6 Disember 2018.

Sebelum ini, Xiaomi pernah membuat pertandingan yang sama pada tahun 2017. Ia mendapat sambutan diluar jangkaan apabila seramai 13,000 peserta yang mengambil bahagian untuk merebut hadiah bernilai USD30,000 (RM125,370).

Kategori ‘Dreamscape’

Tunggu apa lagi, cepat hantar gambar terbaik korang sekarang!

Kategori ‘Why So Serious’
You might also like