
Jenama JOI® macam kenal je? Tetapi sedalam mana korang kenal dengan produk di bawah jenama ini? Haah… sekarang korang ada peluang mengenali lebih mendalam lagi mengenai jenama ini.
JOI® Experience Showcase menawarkan peluang hands-on kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri produk JOI® di kedai-kedai terpilih, antaranya JOI® Book 80, JOI® Book 100 & 150 serta JOI® All-In-One yang sebelum ini telah kami reviu.
Ada lagi yang menarik, hadiah percuma dari JOI® turut disediakan bagi korang yang mendaftar untuk hands-on. Kalau berminat, cepat-cepat layari laman rasmi JOI® Experience Showcase untuk mendaftar diri tau! Sehingga 28 Disember 2019 sahaja!
JOI® Book 80 – Komputer Riba Ringan Hanya 1.06KG!
Ingin mencari komputer riba yang ringan untuk dibawa ke mana-mana? Ni dia, JOI® Book 80 memang sesuai khas korang! Siri JOI® terbaru ini hadir dengan paparan 12.5 inci FHD yang mempunyai bezel nipis sekaligus menawarkan pengalaman menonton yang menyeronokkan.
Ia dikuasakan oleh Intel® Celeron® N3350 di bawah Windows 10 Home, Intel® HD Grafik yang dibekalkan pada JOI® Book 80 mampu menjaminkan penggunaan yang lebih lancar, sama ada berkerja atau berhibur.
JOI® Book 100 & 150 – Komputer Riba Superb Nipis
Apa unsur utama yang perlu dipertikaikan apabila memilih sesebuah komputer riba? Ringan? Nipis? Atau dalaman yang berprestasi tinggi? Usah risau, ketiga-tiga unsur ini ada pada JOI® Book 100 & 150, sebuah komputer riba yang dikuasakan oleh Intel® Celeron®.
Rekaan yang moden dan premium ini amat sesuai untuk semua golongan, yang penting ia mampu membawakan keupayaan penggunaan yang maksimum kepada korang!
BELI DI:
- JOI Book 100 @ GLOO >> Lazada l Shopee
- JOI Book 100-Rose Gold @ JOI >> Shopee
- JOI Book 150 @ GLOO >> Lazada l Shopee
- JOI Book 150 @ JOI >> Shopee
JOI® All-In-One – PC Berkuasa Tanpa CPU
Tanpa CPU? Boleh berfungsi ke? Opkos boleh! JOI® All-In-One PC bukan sahaja ringan, bahkan berprestasi tinggi kerana ia dikuasakan oleh Intel® Celeron® J3160 dan Intel® HD Grafik 400, di samping turut menyediakan sokongan RAM sehingga 8GB dan 1TB storan dalaman.
Rekaan yang lebih bebas pada JOI® All-in-One PC ini memastikan ruang kerja kelihatan kemas dan memaksimumkan produktiviti seharian korang!
SEKALI LAGI, kalau berminat cepat-cepat daftar! Sehingga 28 Disember 2019 sahaja!
- Kedai Terpilih: https://www.joi.com.my/store
- Pusat Perkhidmatan: https://www.joi.com.my/support