Lesen Dagangan HUAWEI Bakal Dilanjutkan Selama 2 Minggu Lagi?

Memetik laporan terbaru daripada Reuters, pentadiran Amerika Syarikat (AS) dikatakan bakal mengeluarkan pelanjutan lesen yang membenarkan syarikat AS untuk terus melakukan perniangaan dengan HUAWEI Technologies CO ltd. Lanjuran selama dua minggu ini dilihat jauh lebih pendek berbanding sebelum ini. Pun begitu, sumber memberitahu ia masih belum dimuktamadkan lagi disebabkan oleh halangan peraturan.

Imbas kembali, sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meletakkan HUAWEI dalam senarai hitam yang menghalang syarikat gergasi itu daripada menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan syarikat teknologi Amerika Syarikat – ekoran mendakwa HUAWEI menjadi pengintip rahsia kerajaan China sekaligus menganggap sebagai ancaman keselamatan.


Artikel Berkaitan : 

You might also like