Donald Trump Bersetuju Memberikan Keputusan Mengenai Permintaan Lesen Bagi Jualan Kepada Huawei

Semasa perjumpaan bersama ketua-ketua syarikat teknologi seperti Google pada Isnin, Presiden Donald Trump bersetuju untuk membuat keputusan yang dinantikan berkenaan permohonan syarikat-syarikat AS bagi meneruskan jualan kepada Huawei Technologies Co Ltd yang telah disenaraihitamkan.

Sungguhpun CEO syarikat yang hadir dalam mesyuarat tersebut meminta agar keputusan perlesenan dilaksanakan tepat pada masanya dari Jabatan Perdagangan, namun menurut White House, eksekutif menyatakan sokongan kuat bagi sekatan keselamatan negara pada pembelian dan penjualan peralatan telekomunikasi Amerika Syarikat ke HUAWEI.

Reuter turut melaporkan bahawa mesyuarat tersebut dihadiri oleh CEO Cisco, Intel Corp, Broadcom Inc, Qualcomm, Micron Techonology Inc dan Western Digital serta Alphabet Inc.

Mesyuarat ini berlangsung ketika masa depan hubungan Amerika Syarikat dengan Huawei masih tidak menentu.

Sebelum ini, syarikat dari Amerika Syarikat diharamkan untuk Bahagian dan komponen produk mereka kepada HUAWEI tanpa lesen khas. Namun, bulan lepas Trump telah menarik semula keputusan selepas perbincangan perdagangan dengan Beijing.

Eksekutif-eksekutif juga rasa tidak senang dengan Setiausaha Jabatan Perdagangan Wilbur Ross, yang juga menghadiri mesyuarat itu, kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas mengenai dasar mengenai penjualan kepada syarikat China.

Menurut Ross, lesen akan diberikan sekiranya tiada ancaman kepada keselamatan negara. Reuters melaporkan minggu lepas bahawa AS mungkin akan meluluskan lesen  bagi syarikat untuk memulakan semula jualan baru dalam masa beberapa minggu.

You might also like