Spesifikasi Lebih Lengkap Tertiris?! Jauh Beza Samsung Galaxy Note 10 & Note 10+…

Acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2019 akan dilancarkan pada 7 Ogos 2019 (waktu tempatan 8 Ogos 2019, 4 pagi) nanti, peranti baharu siri Galaxy Note 10 tentunya menjadi fokus utama dalam acara ini.

Walaupun terdapat banyak khabar angin tersebar di laman sesawang mengenai reka bentuk sehingga spesifikasi dalamannya, namum ketirisan baru-baru ini nampaknya lebih jelas dari segi spesikasi yang bakal ditampilkan dalam siri Note 10.

Siri Note 10 baharu akan tampil dengan dua varian iaitu paparan skrin 6.3 inci dan 6.8 inci, penggunaan resolusi skrin adalah 1080p bagi Note 10 sementara 1440p pada Note 10+. Beralih ke prestasi dalaman, dilaporkan siri Note 10 akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 atau Exynos 9825.

Perbezaan antara kedua-duanya adalah memori dalaman di mana Note 10 hadir dengan 8GB RAM dan 256GB ROM ke atas, manakala Note 10+ hadir dengan 12GB RAM dan 256GB ROM ke atas. Prestasi kamera tidak jauh beza, sama-sama menggunakan gabungan lensa 12MP + 12MP + 16MP, hanya Note 10+ menyokong juga kamera ToF.

Sebelum ini ada laporan mengatakan kapasiti bateri siri Note 10 adalah 3,400mAh, kini mengikut apa yang didedahkan ia bakal dilengkapi bateri 3,500mAh bagi Note 10 dan 4,300mAh bagi Note 10+. Sistem pengecasan pantas turut dibekalkan, masing-masing adalah 25W dan 45W.

Sejauh manakah kebenaran spesifikasi ini? Kita nantikan Unpacked 2019 nanti ya.

 

You might also like