[ SAMSUNG GALAXY UNPACKED 2019 ] Samsung Galaxy Note 10 Bakal Dilancar 7 Ogos Ini!!!

Samsung pastinya jenama telefon pintar terkemuka dan peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan kehadiran terbaharunya. Berita baik apabila tarikh rasmi bagi Samsung Galaxy Note 10 telah sah dan akan dilancarkan pada 7 Ogos hadapan.

Video acah peranti yang bakal diperkenalkan itu telah dikongsi menerusi akaun media sosial rasmi milik mereka. Dikatakan 2 model siri ini akan dilancarkan iaitu Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Pelbagai desas-desus mengenai peranti ini yang mana ia dikatakan akan dihadirkan dengan skrin lebih besar dengan rekaan skrin Infinity-O bagi Note 10+. Turut bakal dilancarkan Galaxy Watch Active 2 dan Bixby Home.

Walau apapun sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini!!!

You might also like