
Mulakan tahun 2017 anda dengan pilihan warna baru Samsung Galaxy S7 Edge yang bergaya. Warna Black Pearl ini memancarkan kualiti dan kemewahan peranti di samping nampak agak misteri. Varian warna baru ini juga dilengkapi dengan memori dalaman 128GB, berbanding dengan 32GB pada varian standard yang ada dalam pasaran. Galaxy S7 Edge Black Pearl merupakan variasi terbaru selepas Samsung memperkenalkan Blue Coral dan Pink Gold pada tahun lepas.
Varian Samsung Galaxy S7 Edge 128GB didapati di Malaysia bermula esok (12 Januari 2017) pada harga RM3,399 di Samsung Experience Store yang mengambil bahagian. Selain warna variasi terbaru Black Pearl, anda juga boleh mendapatkan Galaxy S7 Edge 32GB dalam warna-warna Black Onyx, Gold Platinum, Silver Titanium, Pink Gold dan Blue Coral pada harga RM 3,099.

